Berkata yang baik. Atau diam saja. In Shaa Allah.
Assalamalaikum. Berkatalah yang baik baik. Atau diam saja. In Shaa Allah.
-
ANWAR IBRAHIM : NARSISIS POLITIK YANG DI TERANGKAN DALAM AL QURAN
Dalam sejarah umat manusia Allah sudah mengingatkan tentang wujudnya manusia-manusia yang pada awalnya tampak memukau, pandai berbicara, kelihatan berwibawa, namun hakikatnya menyembunyikan wajah manipulatif yang penuh kezaliman. Al-Qur’an tidak pernah silap. Sifat narsisistik yang hari ini menjadi istilah psikologi moden sebenarnya sudah pun dijelaskan secara terang dalam Kitabullah.
Jika kita meneliti ciri-ciri itu berdiri tegak pada sosok Anwar Ibrahim, seorang pemimpin yang semakin lama semakin menyerlahkan wajah sebenar. Penuh kesombongan, penuh kepura-puraan, dan penuh kerakusan kuasa.
KESOMBONGAN : “AKU LEBIH BAIK DARINYA ”
Al-Qur’an (Luqman:18) sudah memberi amaran jangan berjalan di muka bumi dengan angkuh. Namun lihatlah gaya Anwar berdiri di pentas dengan nada seolah dialah penyelamat bangsa, menuduh lawan politiknya dangkal, sedangkan dialah yang paling rakus memburu kuasa. Sama seperti iblis yang menolak sujud kepada Adam kerana merasa lebih mulia (Al-A’raf:12), Anwar juga menolak suara rakyat, menolak kebenaran, kerana dalam fikirannya hanya ada satu , “Aku lebih hebat daripada semua.”
DUA WAJAH : SI MUNAFIQ POLITIK
Al-Qur’an (Al-Baqarah:8-10) menggambarkan mereka yang mengaku beriman tetapi sebenarnya menipu. Beginilah gaya Anwar – di hadapan rakyat bercakap tentang reformasi, keadilan, dan agama. Tetapi di belakang dialah yang menikam sahabat, memanipulasi hukum, dan bersekongkol dengan musuh demi mengekalkan takhta. Sifat dua wajah ini adalah cermin narsisistik klasik . Satu wajah untuk tontonan satu lagi untuk kezaliman.
TANPA EMPATI : HATI LEBIH KERAS DARI BATU
Al-Qur’an menyebut, “Kemudian hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi” (Al-Baqarah:74). Lihat sahaja bagaimana Anwar tidak peduli pada rakyat yang kian tertekan dengan kos sara hidup. Yang penting baginya hanyalah kekal di kerusi Putrajaya. Jeritan rakyat dianggap “permainan politik lawan”, seolah-olah penderitaan orang lain hanya ilusi. Inilah narsis yang hidup hanya untuk dirinya, kuasanya, dan keselesaan keluarganya.
MERENDAHKAN ORANG LAIN : MENGHANCURKAN DARI DALAM
Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela (Al-Humazah:1). Inilah permainan lidah Anwar – merendahkan musuh politik dengan kata-kata sinis, memperlekehkan parti lain, sambil membina imej seolah-olah dialah paling suci. Hakikatnya dia berasa kuat setiap kali orang lain kelihatan lemah. Inilah ciri narsis , hanya merasa tinggi bila orang lain jatuh ke bawah.
TIDAK PERNAH MENGAKUI KESALAHAN
Apabila ditegur, mereka bangkit dengan kesombongan (Al-Baqarah:206). Begitulah Anwar , bila dikritik dia menyalahkan pihak lain. Bila ditanya kegagalan ekonomi dia menuding jari ke belakang. Baginya, rakyat terlalu “tidak bersyukur”, lawan terlalu “bodoh”, dan dia sentiasa “betul”. Pemimpin narsis sebegini tidak pernah ada ruang untuk muhasabah.
Al-QURAN SUDAH MENDEDAHKAN WAJAH ANWAR
Sebenarnya umat ini tidak perlu hairan. Al-Qur’an sudah memberi amaran ribuan tahun lalu. Sifat sombong, munafiq, tanpa empati, merendahkan orang lain, dan enggan mengaku salah , itulah wajah narsisistik. Dan wajah itu kini terjelma dalam diri Anwar Ibrahim.
Persoalannya apakah kita masih mahu tunduk kepada seorang pemimpin yang sudah jelas disebut dalam amaran Al-Qur’an? Atau kita akan memilih untuk tidak cenderung kepada orang zalim, kerana Allah sudah mengingatkan:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, yang menyebabkan kamu disentuh api neraka.” (Hud:113)
Inilah hakikatnya . Anwar bukanlah reformis sejati, dia hanyalah narsis politik yang menjadikan kuasa sebagai cermin diri dan rakyat sebagai mangsa permainan. Semakin lama, topengnya semakin terbuka dan kita tidak boleh lagi berpura-pura tidak nampak.
– Rayyan Adam –
-
Interview someone — a friend, another blogger, your mother, the mailman — and write a post based on their responses.
Berkatalah yang baik. Atau diam saja. In Shaa Allah.

